6 Cara Terbaik Untuk Menghilangkan Jerawat Dengan Pantas

1:19 AM 1 Comments A+ a-

Jerawat adalah keadaan kulit biasa yang menjejaskan ramai orang. Jerawat merupakan keradangan kulit di mana kelenjar minyak dijangkiti bakteria seterusnya membengkak, dan berisi nanah.






Rembesan sebum yang berlebihan oleh kelenjar minyak adalah punca utama di sebalik masalah ini. Jerawat biasanya berlaku di muka, leher, belakang dan bahu. Walaupun bukan keadaan yang kritikal, jerawat boleh membuat seseorang merasa sengsara kerana penampilan wajah mereka.

Terdapat banyak losyen dan ubat-ubatan di pasaran untuk merawat jerawat tetapi kebanyakannya mengambil masa yang lama untuk berkesan. Banyak kaedah semula jadi adalah berkesan dalam merawat jerawat dalam tempoh masa yang singkat.


6 Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Pantas


Berikuta adalah 6 cara terbaik untuk menghilangkan jerawat cepat dengan 


1. Air Batu


Air batu boleh digunakan untuk mengurangkan kemerahan, bengkak dan radang jerawat dengan cepat. Ia membantu dalam memperbaiki peredaran darah di kawasan yang terjejas, dan mengetatkan liang-liang kulit dan membuang kotoran dan minyak yang terkumpul pada kulit. Anda boleh menggunakan kiub air batu atau yang telah dihancurkan, yang mana lebih mudah.

Caranya ialah dengan membalut ais dengan sehelai kain dan tuam pada bahagian kulit yang terjejas selama beberapa saat. Tunggu beberapa minit dan mengulangi proses tersebut.


2. Lemon


Satu lagi untuk menghilangkan jerawat dengan ialah dengan jus lemon, yang kaya dengan vitamin C. Jus lemon boleh membantu jerawat kering lebih cepat. Pastikan anda menggunakan jus lemon segar dan jus tidak dalam botol yang mempunyai bahan pengawet. 

Caranya ialah dengan mencelupkan  kapas bersih dalam jus lemon segar dan menyapu kepada jerawat sebelum tidur.



3. Tea Tree Oil


Minyak Tea Tree adalah sangat baik untuk merawat jerawat. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria yang membantu melawan bakteria yang menyebabkan masalah-masalah kulit. Tambahan pula, sifatnya yang menenangkan itu membantu mengurangkan kemerahan dan radang jerawat. 

Caranya dengan mencelup kapas dalam pati minyak Tea Tree dan sapukan pada kawasan yang terjejas. Bilas muka anda selepas 15 hingga 20 minit.

Satu lagi pilihan adalah untuk campuran beberapa titik minyak tea tree dalam 1 sudu besar gel lidah buaya. Sapukan pada jerawat dan biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas.

Nota: Elakkan minyak tea tree jika anda mempunyai kulit sensitif.


4. Ubat Gigi


Ubat gigi yang anda gunakan setiap pagi untuk membersihkan gigi anda juga boleh digunakan untuk merawat jerawat dengan cepat. Ia adalah yang paling berkesan apabila digunakan selepas dituam dengan ais. Gunalah ubat gigi putih dan elakkan daripada menggunakan ubat gigi jenis gel.


Sapukan sedikit ubat gigi putih di kawasan kulit yang terjejas sebelum tidur. Kesokan paginya, cuci muka anda dengan air dan anda akan nampak perubahan yang ketara pada jerawat. Anda juga boleh mengulangi proses ini di siang hari. Pastikan ubat gigi dibiarkan pada jerawat untuk sekurang-kurangnya setengah jam.


5. Steaming


Steaming sangat bagus untuk kulit anda pada bila-bila masa, terutamanya apabila anda mempunyai jerawat. Stim akan membuka liang-liang anda dan membolehkan kulit anda  bernafas. Ini membantu menghilangkan minyak, kotoran dan bakteria yang terperangkap dalam liang yang boleh menyebabkan jangkitan atau keradangan.

Isikan bekas yang besar dengan air panas dan biarkan wap untuk bersentuhan dengan kulit muka anda untuk beberapa minit.
Bilas muka dengan air suam. Setelah kering, sapukan pelembap bebas minyak.


6. Bawang Putih


Bawang putih adalah anti-virus, anti-kulat, antiseptik dan antioksidan. Ianya boleh membantu dalam merawat jerawat dengan cepat. Sulfur dalam bawang putih juga menggalakkan penyembuhan jerawat dengan cepat.

Potong seulas bawang putih mentah kepada dua bahagian. Gosok bawang putih pada jerawat dan biarkan selama lima minit sebelum membasuh kulit dengan air suam. Ulang rawatan ini beberapa kali sehari. Makan seulas bawang putih mentah setiap hari juga boleh membantu membersihkan darah anda. 


Cara Paling Mudah Dan Berkesan Untuk Hilangkan Jerawat 

Saya nak kongsikan cara yang lebih mudah untuk menghilangkan jerawat dengan berkesan dan kekal tanpa jerawat untuk jangka masa panjang.

Caranya ialah dengan mengambil vitamin dan supplemen yang khusus untuk kesihatan kulit secara optimum.

Antara vitamin dan supplemen yang sangat diperlukan untuk tujuan itu adalah B Complex, Sustained Released Vitamin C,Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix dan Energising Soya Protein (ESP) dari Shaklee.



HUDA ISMAIL 016.664.6051 (Call, Whatsapp, SMS)

IG: Misshuda_craft

FB: Isabella Bella

PENGEDAR SHAKLEE  TAMAN MELAWATI



1 comments:

Write comments
February 24, 2017 at 1:03 AM delete

tq untuk tipsnya..boleh cuba nanti ni..

Reply
avatar