Zikir Ya Haiyyu Ya Qoiyyum.

1:12 AM 0 Comments A+ a-

Zikir Ya Haiyyu Ya Qoiyyum.
Salam Pagi Jumaat Yang Penuh Barakah Untuk Semua.
Hari ini Kak Long nak kongsi satu amalan zikir yang diajar oleh Baba Kak Long kepada kami adik beradik.
Ini adalah amalan pembuka rezeki, pendinding yang sangat mudah diingat dan dipraktikkan.
Setiap hari bacalah:
Ya Haiyyu Ya Qoiyyum.
Bacalah sebanyak 1000 kali sehari siang atau malam.
Ini ada antara Asma Al Husna, 2 dari Nama Allah yang Maha Suci yang bermaksud, " Yang Hidup , Yang Berdiri Dengan Sendiri."
Barang siapa yang mengamalkan zikir ini setiap hari InsyaAllah:
🌼Akan di kurniakan Allah kekayaan harta, maksudnya murah rezeki dari segi harta dan lain2 juga.
🌼Akan dituruti orang segala perkataannya, maksudnya percakapannya adalah 'wise', yang baik2 belaka, yang memberi manafaat pada semua orang.
🌼Dikasihi oleh tiap manusia, lelaki dan perempuan. Kan bagus ni tiada orang yang memusuhi kita.
🌼Akan menjadi berbahagia dan hibah dan dimuliakan orang.
🌼Dipelihara dari segala bala', mudharat dan daripada orang dzalim.
🌼Dan sampai ia kepada martabat yang tinggi.
Patut la zikir ini sangat disarankan oleh Baba pada kami.
Ajarla pula pada anak-anak kita...
Ya Haiyyu Ya Qayyum..
1000 kali..
*Dari Imam Ghazali yang disusun oleh Almarhum Hj Hussain Al Hajj di dalam bukunya Senjata Mukmin(Doa).
**Senjata mukmin itu adalah zikir dan doanya.
***Carilah buku ni ye, tak pandai jawi meh Kak Long ajar.
Huda Ismail
Pakar Shaklee Anda
📱016-6646051
📝ID: 1192284