Bagaimana Untuk Kekal Sihat Dan Awet Muda Dari Peringkat Selular Lagi.

11:33 PM 0 Comments A+ a-


Hmmm....agak2 ... dah elok penjang ke telomeres ku?🤔



Nampak tak benda warna hijau tu?
Itu lah telomeres..kedudukannya adalah dihujung kromosom kita..
Fungsi nya sebagai penutup utk melindungi DNA kita dari rosak..
Lagi panjang telomeres ni..lagi tinggi chance kita utk hidup sihat lebih lama...
Cer baca tu...

Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkankan supplemen Shaklee selama 5 tahun, telomeres mereka lebih panjang.

Antara produk shaklee yang yang paling berkesan untuk tujuan awet muda ialah:

1. Vivix
2. SR Vitamin C
3. Vita E
4. Energising Soya Protien ESP

Jika anda ingin telomerase dan DNA keseluruhan anda terpelihara, kena amalkan pengambilan vitamin dan supplemen di atas dengan secepat mungkin.


Kakda 016.664.6051.

#shakleetsunami
#hi5shaklee
#shakleemalaysia
#shakleetamanmelawati
#shakleesetiawangsa
#petuaawetmuda

6 Cara Terbaik Untuk Menghilangkan Jerawat Dengan Pantas

1:19 AM 1 Comments A+ a-

Jerawat adalah keadaan kulit biasa yang menjejaskan ramai orang. Jerawat merupakan keradangan kulit di mana kelenjar minyak dijangkiti bakteria seterusnya membengkak, dan berisi nanah.






Rembesan sebum yang berlebihan oleh kelenjar minyak adalah punca utama di sebalik masalah ini. Jerawat biasanya berlaku di muka, leher, belakang dan bahu. Walaupun bukan keadaan yang kritikal, jerawat boleh membuat seseorang merasa sengsara kerana penampilan wajah mereka.

Terdapat banyak losyen dan ubat-ubatan di pasaran untuk merawat jerawat tetapi kebanyakannya mengambil masa yang lama untuk berkesan. Banyak kaedah semula jadi adalah berkesan dalam merawat jerawat dalam tempoh masa yang singkat.


6 Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Pantas


Berikuta adalah 6 cara terbaik untuk menghilangkan jerawat cepat dengan 


1. Air Batu


Air batu boleh digunakan untuk mengurangkan kemerahan, bengkak dan radang jerawat dengan cepat. Ia membantu dalam memperbaiki peredaran darah di kawasan yang terjejas, dan mengetatkan liang-liang kulit dan membuang kotoran dan minyak yang terkumpul pada kulit. Anda boleh menggunakan kiub air batu atau yang telah dihancurkan, yang mana lebih mudah.

Caranya ialah dengan membalut ais dengan sehelai kain dan tuam pada bahagian kulit yang terjejas selama beberapa saat. Tunggu beberapa minit dan mengulangi proses tersebut.


2. Lemon


Satu lagi untuk menghilangkan jerawat dengan ialah dengan jus lemon, yang kaya dengan vitamin C. Jus lemon boleh membantu jerawat kering lebih cepat. Pastikan anda menggunakan jus lemon segar dan jus tidak dalam botol yang mempunyai bahan pengawet. 

Caranya ialah dengan mencelupkan  kapas bersih dalam jus lemon segar dan menyapu kepada jerawat sebelum tidur.



3. Tea Tree Oil


Minyak Tea Tree adalah sangat baik untuk merawat jerawat. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria yang membantu melawan bakteria yang menyebabkan masalah-masalah kulit. Tambahan pula, sifatnya yang menenangkan itu membantu mengurangkan kemerahan dan radang jerawat. 

Caranya dengan mencelup kapas dalam pati minyak Tea Tree dan sapukan pada kawasan yang terjejas. Bilas muka anda selepas 15 hingga 20 minit.

Satu lagi pilihan adalah untuk campuran beberapa titik minyak tea tree dalam 1 sudu besar gel lidah buaya. Sapukan pada jerawat dan biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas.

Nota: Elakkan minyak tea tree jika anda mempunyai kulit sensitif.


4. Ubat Gigi


Ubat gigi yang anda gunakan setiap pagi untuk membersihkan gigi anda juga boleh digunakan untuk merawat jerawat dengan cepat. Ia adalah yang paling berkesan apabila digunakan selepas dituam dengan ais. Gunalah ubat gigi putih dan elakkan daripada menggunakan ubat gigi jenis gel.


Sapukan sedikit ubat gigi putih di kawasan kulit yang terjejas sebelum tidur. Kesokan paginya, cuci muka anda dengan air dan anda akan nampak perubahan yang ketara pada jerawat. Anda juga boleh mengulangi proses ini di siang hari. Pastikan ubat gigi dibiarkan pada jerawat untuk sekurang-kurangnya setengah jam.


5. Steaming


Steaming sangat bagus untuk kulit anda pada bila-bila masa, terutamanya apabila anda mempunyai jerawat. Stim akan membuka liang-liang anda dan membolehkan kulit anda  bernafas. Ini membantu menghilangkan minyak, kotoran dan bakteria yang terperangkap dalam liang yang boleh menyebabkan jangkitan atau keradangan.

Isikan bekas yang besar dengan air panas dan biarkan wap untuk bersentuhan dengan kulit muka anda untuk beberapa minit.
Bilas muka dengan air suam. Setelah kering, sapukan pelembap bebas minyak.


6. Bawang Putih


Bawang putih adalah anti-virus, anti-kulat, antiseptik dan antioksidan. Ianya boleh membantu dalam merawat jerawat dengan cepat. Sulfur dalam bawang putih juga menggalakkan penyembuhan jerawat dengan cepat.

Potong seulas bawang putih mentah kepada dua bahagian. Gosok bawang putih pada jerawat dan biarkan selama lima minit sebelum membasuh kulit dengan air suam. Ulang rawatan ini beberapa kali sehari. Makan seulas bawang putih mentah setiap hari juga boleh membantu membersihkan darah anda. 


Cara Paling Mudah Dan Berkesan Untuk Hilangkan Jerawat 

Saya nak kongsikan cara yang lebih mudah untuk menghilangkan jerawat dengan berkesan dan kekal tanpa jerawat untuk jangka masa panjang.

Caranya ialah dengan mengambil vitamin dan supplemen yang khusus untuk kesihatan kulit secara optimum.

Antara vitamin dan supplemen yang sangat diperlukan untuk tujuan itu adalah B Complex, Sustained Released Vitamin C,Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix dan Energising Soya Protein (ESP) dari Shaklee.



HUDA ISMAIL 016.664.6051 (Call, Whatsapp, SMS)

IG: Misshuda_craft

FB: Isabella Bella

PENGEDAR SHAKLEE  TAMAN MELAWATI



Tips Untuk Kekal Langsing Di Musim Raya.

4:20 PM 0 Comments A+ a-

Assalaamualaikum,

Ya Allah Besarnya Dugaan.

Esok bermula la pesta kunjung mengunjung ke rumah saudara mara...
Kalau di kampung rumah terbuka hari raya ni tertumpu pada hari pertama sahaja...hari raya ke 2..dah kurang feel dah..jadi kalau kita ada 6 orang mak saudara...6 buah rumah la kita kena pergi..
Pendek kata..semua rumah akan terbuka la hari tu...hehe



Setiap rumah tu..kita akan ditarik untuk makan...tak kira la perut kita mcm nk meletop dah...
Jadi...pandai2 la kita...
Ingat janji2 kita pada diri sendiri...jangan mudah lupa diri..makan ada caranya... biar nampak bersungguh...tapi dlm kuantiti yang sikit...paham?😊

Tips untuk kekalkan berat badan.

❤sebelum breakfast ambil 6 biji Lecithin...dia akan membantu menyerap lebihan lemak dlm makanan nanti...

❤elakkan minum air manis..

 ❤tak perlu la nk rasa semua biskut yg ada kat atas meja tu..
Sekeping tu share dgn suami..

❤tak perlu nk rasa semua juadah ..tadi dh mkn lemang
rumah mak ngah...mak uda...rasa nasi dagang pulak kat rumah maktih...rasa je tau...jangan tibai...

❤banyakkan bertegur sapa..gurau senda dari duduk menyuap2 je kerjanya...bonding gitu...

❤sebelum tidur..makan 4 biji Herblax...esoknya jangan keluar rumah selagi belum selesai perkara yg satu tu ye....

Ingat...hari raya di malaysia bukan sehari...bukan seminggu...tapi sebulan.
Jadi...beringat-ingatlah...
Sebaik2 perkara adalah yang
tidak berlebihan.

#tsunamishaklee
#hi5tsunamishaklee
#bondaedagang
#shakleetamanmelawati
#shakleesetiawangsa



Siapa Saya

12:28 AM 0 Comments A+ a-

Bismillaaahirrohmaanirrohiim..

Assalaamulaikum dan salam sejahtera semua..

Nama saya Huda Ismail.
Saya seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak-anak remaja yang sedang meningkat dewasa..
Kami sekeluarga tinggal di Kuala Lumpur...

Saya ingin berkongsi macamana saya mengenali produk Shaklee.
Saya mengenali produk Shaklee melalui adik saya Fatimah Azzahra yang menjadi Pengedar Shaklee.
Kebetulan saya dan suami memang dah mengamalkan memakan vitamin sejak dari dulu lagi tapi dari jenama2 lain.

Suatu hari adik saya menanya saya kalau saya nak beli vitamin C Shaklee. Dia bagitau vitamin C Shaklee ialah jenis sustained released. Vitamin C yang kami makan  pun jenis sustained released dan kami sangat menitik-beratkan akan hal-hak begini.
Yang bagusnya Vitamin C Shaklee lebih murah dari Vitamin yang makan sebelumnya.
Satu perkara lagi saya sebenarnya ada alahan kepada semua Vitamin C yang saya pernah cuba sebelum ni.
Perut saya akan jadi tak tenteram tapi saya terpaksa lalui saja perkara itu sebab saya tahu pentingnya pengambilan vitamin C ni.
Bila saya cuba Vitamin C Shaklee, Alhamdulillah saya tak mengalami sebarang alahan langsung padanya.
Itulah permulaannya saya dengan Shaklee.

Kemudian, kami perlahan- perlahan mencuba Vitamin E, B Complex dan Zinc. Alhamdulillah kami sangat serasi dengannya.

Setelah adik saya mendaftarkan saya sebagai Ahli, kami sekeluarga telah bertukar sepenuhnya kepada jenama Shaklee.

Lepas setahun begitu barulah saya mula bergiat  sebagai Pengedar Shaklee secara aktif.
Sehingga kini saya sangat bersyukur dan seronok kerana selain saya dapat membeli vitamin Shaklee dengan harga murah, saya dapat menjana pendapatan setiap bulan,

Ini adalah post pertama dalam blog saya yang bernama Vitamin Awet Muda.
In Sha Allah, saya berharap blog saya ini akan menjadi rujukan untuk sesiapa saja yang ingin mengekalkan kesihatan mereka sehingga ke usia emas dengan cara yang selamat.

Saya doakan semoga pembaca-pembaca blog saya nanti akan mendapat manafaat dari perkongsian saya nanti..

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.



Kawasan COD saya : Taman Melawati- Setiawangsa- Wangsa Maju -KLCC-Ampang

Call or Wassap  016-6646051

FB: Isabella Bella

Fanpage:Vitamin awet muda

IG : misshuda_craft

IG : vitaminawetmuda