Zikir Ya Haiyyu Ya Qoiyyum.

1:12 AM 0 Comments A+ a-

Zikir Ya Haiyyu Ya Qoiyyum.
Salam Pagi Jumaat Yang Penuh Barakah Untuk Semua.
Hari ini Kak Long nak kongsi satu amalan zikir yang diajar oleh Baba Kak Long kepada kami adik beradik.
Ini adalah amalan pembuka rezeki, pendinding yang sangat mudah diingat dan dipraktikkan.
Setiap hari bacalah:
Ya Haiyyu Ya Qoiyyum.
Bacalah sebanyak 1000 kali sehari siang atau malam.
Ini ada antara Asma Al Husna, 2 dari Nama Allah yang Maha Suci yang bermaksud, " Yang Hidup , Yang Berdiri Dengan Sendiri."
Barang siapa yang mengamalkan zikir ini setiap hari InsyaAllah:
🌼Akan di kurniakan Allah kekayaan harta, maksudnya murah rezeki dari segi harta dan lain2 juga.
🌼Akan dituruti orang segala perkataannya, maksudnya percakapannya adalah 'wise', yang baik2 belaka, yang memberi manafaat pada semua orang.
🌼Dikasihi oleh tiap manusia, lelaki dan perempuan. Kan bagus ni tiada orang yang memusuhi kita.
🌼Akan menjadi berbahagia dan hibah dan dimuliakan orang.
🌼Dipelihara dari segala bala', mudharat dan daripada orang dzalim.
🌼Dan sampai ia kepada martabat yang tinggi.
Patut la zikir ini sangat disarankan oleh Baba pada kami.
Ajarla pula pada anak-anak kita...
Ya Haiyyu Ya Qayyum..
1000 kali..
*Dari Imam Ghazali yang disusun oleh Almarhum Hj Hussain Al Hajj di dalam bukunya Senjata Mukmin(Doa).
**Senjata mukmin itu adalah zikir dan doanya.
***Carilah buku ni ye, tak pandai jawi meh Kak Long ajar.
Huda Ismail
Pakar Shaklee Anda
📱016-6646051
📝ID: 1192284

Hubungi Saya

11:57 PM 0 Comments A+ a-

Hubungi Saya


    Nama 

    Emel 

    Telefon

    Subjek (Kemusykilan/Pertanyaan/Aduan etc.) 

    Mesej Anda 

Peluang Jana Income Untuk Fresh Graduate

1:52 AM 0 Comments A+ a-


Dari kecik lagi kita dah sogokkan mindset anak-anak kita untuk bercita-cita jadi orang bekerjaya, jadi doktor, lawyer, akitek, askar, guru dan sebagainya.
Tak heran la bila mereka graduate nanti menjadi harapan besar bagi mereka untuk dapat pekerjaan
Hakikatnya hanya segelintir sahaja yang akan dapat pekerjaan kerana peluang pekerjaan yang ada sangat kecil berbanding dengan jumlah graduan yang baru keluar setiap tahun.


Zaman dah berubah.
Minda anak2 muda sekarang dah mula terbuka. 
Mereka dah berani mengorak langkah utk berniaga malah ada yang dah cuba2 berniaga semasa masih student lagi..
Pelajar lepasan SPM pun dah pandai berniaga online.
Bravo untuk mereka ni!👏


Bukankah 9 dari 10 pintu rezeki itu dari sumber perniagaan?
Jadi berniaga itu adalah suatu yang sangat sangat dituntut dan afdal untuk diusahakan.
Perniagaan online sangat sesuai dengan sesiapa saja yang nak mula berniaga, terutamanya para lepasan universiti.
Rata-rata semuanta memang dah mempunyai smartphone dan internet line kan?
Cari sahaja satu bisnes online yang tak perlukan modal besar, yang paling penting syarikat itu kena established dan produk sentiasa diperlukan oleh semua golongan umur.


Bisnes online Shaklee sangat sesuai untuk golongan muda ini sebab:
👍Tak perlu modal cuma rm69 sebagai yuran keahlian sahaja.
👍Mereka memang dah mahir dengan penggunaan Fb, Instagram dan mungkin juga Blog.
👍Ada support group yang akan ajar cara mempromosi di internet dengan berkesan secara percuma.
👍Tak perlu call orang atau spam orang .Nanti customer yang akan cari kita.
👍 Produk yang terbukti selamat yang dah melalui berbagai-bagai studies.
👍Boleh terus dijalan walaupun dah dapat pekerjaan nanti.

Bisnes Shaklee ni bukan calang2 orang yang dah memilihnya sebagai bisnes mereka.
Jangan heran kalau kebanyakan leader2 kami terdiri dari bekas para professional yang bergaji besar di syarikat gergasi di Malaysia.
Sedangkan mereka sanggup tinggalkan pekerjaan mereka untuk kejar apa yang bisnes Shaklee boleh tawarkan, anda lagilah tak rugi apa2 untuk mencuba.

Kak Long bersedia untuk mengasuh sesiapa yang berminat.
Huda Ismail
Pakar Shaklee Anda
📱016-6646051
📝ID: 1192284

 http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1192284


Detox The Shaklee Way

6:04 PM 1 Comments A+ a-

Detox The Shaklee Way
Kak Long dah pernah buat  Detox Shaklee ni sebanyak 2 kali.
Masa tu kita buat secara berjemaah ramai-ramai, siap buat group wassap khas untuk detox.
Detox yang Kak Long buat tu ialah 7 Day Detox by Shaklee.
Korang tau ke ape tujuan detoks?
Tujuan utama ialah untuk buang toksin dalam badan kita terutamanya dalam darah, dalam usus dan dalam hati (liver) kita.

Paling best, untuk detox ini telah disediakan satu meal plan khas yang diformulasi oleh nutritionist shaklee untuk 7 hari tersebut. Ada menu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam dan ada sneks juga.
Bagi kak long, sedap je menu hari pertama walaupun kena makan sayuran hijau semata.


Menu hari ke 2 terdiri dari sup sayur


Hari ke 3 pulak sayur berwarna warni.
Hari ke 5 baru bertemu protein.
Hari ke 6 dan ke 7 baru menu kita semakin lengkap dan ada semua.
Ada tujuannya semua step2 ini ye. Kena ikut menu dia betul-betul.
Untuk program ini berkesan, detox ini dibantu dengan pengambilan supplemen khas utk detox usus, detox darah dan untuk memperkasakan fungsi organ hati.



Hasilnya, badan kita yang rasa lemah dan asik mengantuk akan jadi segar, ringan dan bertenaga.
Kulit kita pun jadi semakin cantik.
Paling suka Kak Long dapat hilangkan ketagihan pada gula.
Kak Long turun 2 kg dan perut jadi kempis dalam masa seminggu tu.
Kalau yang terlebih berat lagi la banyak kg yang boleh dibuang.
Siapa yang dah buat detoks Shaklee mesti masih ingat macamana sedapnya menu hari ke 6 kan? Kecor air liur..😋
Rindu pulak nak buat detoks lagi..
Jom kawan-kawan, kita buat detox ramai-ramai!
Siapa nak cuba Kak Long boleh guide.
Kak Huda
016.664.6051
Pakar Shaklee Anda

Buku Yang Saya Selalu Baca

5:42 PM 0 Comments A+ a-


Buku terakhir yang Kak Long baca ialah Buku Himpunan Testimoni Supermom Shaklee Story.
Hehe...jangan ketawa ye...
Dah lunyai dah pun..
Buku ni sangat membantu dari awal berbisnes lagi..
Mak shaklee ku hadiah.
Terima kasih Mak Shaklee


First time baca buku ni, Kak long macam dapat geliga...
Ohhh..oooo...bila baca testimonials dalam ni..
Macam-macam masaalah dah dapat diselesaikan cuma dengan menambahkan apa nutrient yang sangat diperlukan oleh tubuh kita..
Patutla ramai sangat yang jatuh centa dengan produk Shaklee..
Dah baca berkali-kali supaya bila orang wassap pasal masaalah derang, terus boleh relate dengan kes-kes dalam ni..
Dah baca yang second edition tapi tetap suka yang ni lagi.
Buku ni sentiasa ada dalam bag macam azimat gitu.
Kak Long pun ada hadiahkan buku ni untuk anak-anak Shaklee.
Maklumla ahli yang baru-baru ni masih belum tahu sejauh mana berkesannya produk Shaklee ni..
Ada sesapa teringin nak tahu rahsia dalam buku ni...
Moh jadi ahli dulu...
Kak Huda
016.664.6051
Shaklee Independent Distributor
ID: 1192284

Hobi Saya Adalah Menjahit Dan Berkraf.

5:29 PM 0 Comments A+ a-

Hobi Saya Adalah Menjahit Dan Berkraf.
Ramai yang dah tahu kan?
Kak Long suka menjahit.
Terutama buat bantal yang comel-comel tu.


Kak Long ada Instagram yang namanya misshuda_craft.
Kat situ lah Kak Long share hasil jahitan kraf Kak Long.
Tapi sekarang kalau korang tengok, dah kena take over dek bisnes Chekli pulak dah..hahaha
Nak tengok gambar bantal kena scroll kat bawah-bawah.
Tu pun kat celah-celah testimoni Vivix bagai...sabar je la...
Sebelum mencebur diri sebagai SID Kak Long lebih banyak tumpukan masa pada hobby yang satu ni. Bukan setakat hobi saja tapi ianya punca pendapatan yang lumayan juga
Seronok tau berkraf ni. Kak Long pantang ada masa terluang mesti nak buat sesuatu. Memang ralit lah, bak kata orang Pahang tu.



Hobi ni buat kak long rasa tenang dan relax.
Ianya sebagai satu terapi pulak.
Paling best bila customer gembira sangat dapat bantal tu. Euphoria!!
Rata-rata bantal tu derang order utk orang tersayang sebagai hadiah besday, hari convo, atau apa-apa hari istimewa.

Satu lagi Kak Long suka join group2 menjahit ni untuk tambah ilmu dan juga untuk kongsi idea dengan kawan-kawan yang sama hobby.
Bab masak pulak ikut mood, kadang-kadang jer dapur Kak Long berasap..
Macam minggu ni mood Korea, semalam sehari suntuk buat homemade kimchii..
Buat sendiri lagi sedap tau dan confirm halal..
Lepas ni abis la...kimchii fried rice, kimchii jigae, kimchii chicken...yumm..
Eh panjang pulak bila bercerita pasal pasal hobby ni.
Sekian la dulu ye.
Selamat berhujung minggu semua...muah muah..😘😘