5 Petua Untuk Kekal Awet Muda

6:46 PM 1 Comments A+ a-


Nak tak kalau saya kongsikan beberapa rahsia atau petua untuk kekal awet muda?
Siapa pun tak mahu menjadi tua dengan cepat. Kalau boleh nak hidup sihat dan kekal awet muda sehingga bila-bila.Sebab itu lah ada yang sanggup berabis beribu ringgit untuk menjaga aset masing-masing terutamanya kulit.

Malang sungguh kita berada di dunia yang semakin ramai penduduk yang mana pencemaran berlaku di mana-mana, di dalam makanan, air yang kita minum dan juga udara yang kita sedut. Ini adalah penyebab di mana untuk kekal awet muda bukan lah satu yang mudah.




Di sini saya nak kongsi beberapa cara boleh kita usahakan untuk kekal awet muda

1)Berikan Otak Kita Keperluan Nutrient Yang Diperlukan


Apa yang anda masukkan ke dalam mulut anda boleh mempengaruhi fikiran anda. Dan adalah penting untuk kita memulakan pemakanan yang sihat seawal peringkat remaja dan dua puluhan bagi mengelak berlaku tekanan mental. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, orang dewasa Amerika yang berumur di antara 18-24 tahun paling ramai yang mengalami masaalah kesihatan mental.



Kumpulan bawah umur ini banyak tekanan, terutama hari ini dengan keadaan ekonomi yang lemah. 
Pemakanan yang sihat merupakan faktor utama untuk memerangi penyebab yang dikaitkan dengan tekanan mental seperti mengelakkan makanan yang diproses, gula, kafein dan alkohol. Ini akan mengurangkan permintaan untuk kelenjar adrenal, yang bertanggungjawab untuk merembeskan kortisol (hormon tekanan) dan memainkan peranan dalam menguruskan metabolisme anda. "

2)Kesimbangan Dalam Hormon


Kita perlu memantau kadar hormon di dalam badan kita, sepanjang hidup kita. Kita juga kena berusaha untuk mengekalkan keseimbangan atau memperbaiki ketidakseimbangan hormon kita kerana ia penting untuk memerangi penyebab penuaan, termasuk insomnia, libido rendah, kehilangan ingatan, dan berat badan yang tidak diingini.

Hormon mengawal segala-galanya di dalam badan dengan bertindak sebagai utusan kimia badan untuk memastikan organ-organ kita fungsi secara optimum. 
Sebagai contoh, kadar testosteron yanag rendah boleh mempengaruhi libido anda, sedangkan tahap progesteron yang rendah pula dikaitkan dengan insomnia dan gangguan tidur.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terlalu banyak kortisol boleh menyebabkan pemikiran berkabus dan berat badan yang tidak diingini. 
Kronologi proses penuaan tidak dapat dihalang, tetapi cara anda melihat dan menangani emosi dan perasaan anda sepanjang hayat adalah kerap dikaitkan dengan keseimbangan hormon dan gaya hidup pilihan. "



3)Kawal Stress Anda


Stress yang kronik akan memulakan peningkatan dalam jumlah kortisol dirembeskan setiap hari, yang membawa kepada pertambahan berat badan, cepat marah, insomnia, gangguan mood, libido rendah, bacaan gula dalam darah yang tinggi, dan tekanan darah tinggi.

Beliau mencadangkan beberapa teknik mengurangkan stress, seperti pernafasan melalui perut dan yoga.
Senaman kardiovaskular juga membantu melegakan tekanan atau stress kerana ia meningkatkan tahap endorfin, sejenis 'good feeling''hormon.



4)Bina Kulit Yang Tahan Lasak


Organ terbesar kita iaitu kulit kita akan menunjukkan tanda-tanda penuaan lebih daripada mana-mana bahagian badan yang lain.

Langkah pencegahan yang paling penting yang anda boleh ambil ialah dengan meningkatkan tahap antioksidan dalam badan anda dan mengekalkan tahap kandungan vitamin A, C, D dan E yang mencukupi.
Makan banyak buah-buahan organik yang berwarna terang dan sayur-sayuran juga boleh meningkatkan tahap vitamin ini dalam badan kita. Vitamin bekerja kuat sebagai sunblock semula jadi untuk badan kita dan membantu dalam pencegahan penuaan kulit dan kanser kulit. "


5)Tidur Secukupnya


Dalam tahun lepas, penyelidik telah menemui beberapa bukti bahawa tidur (kualiti dan kuantiti) adalah sangat penting untuk pelbagai aspek kesihatan anda.

Walaupun anda tidur, tubuh anda sebenarnya akan memasuki satu komponen 'healing mode' yang bertindak memperbaiki kerosakan dan menyediakan badan anda untuk mengendalikan apa sahaja cabaran yang akan datang.

Tidak mendapat tidur yang cukup juga boleh membawa kepada penyakit-penyakit kronik bagi orang dewasa yang boleh memendekkan jangka hayat seperti Diabetes jenis 2. 
Para penyelidik mendapati bahawa tidur yang berkualiti rendah meningkatkan rintangan insulin sebanyak 82 peratus. 
Satu lagi kajian mendapati bahawa kekurangan tidur (kurang daripada 7.5 jam setiap malam) memburukkan lagi pengaruh genetik yang dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan obesiti. Sebaik-baiknya, anda perlu mencapai 7 jam hingga 9 jam tidur setiap malam dan itulah masa tidur sebenar , bukan hanya berbaring di tempat tidur. "



JOM KITA DENGAR PERKONGSIAN PENGGUNA SHAKLEE NI BAGAIMANA NAK DAPATKAN KULIT HALUS MULUS TANPA KESAN SAMPINGAN






Apa yang vitamin dan supplemen paling sesuai diambil untuk menjadi awet muda?




Vitamin Untuk Kesihatan Otak.



1.Omega Guard


2. Lecithin






Ostematrik untuk tidur yang nyenyak




GLA Complex Untuk Untuk Keseimbangan Hormon.






B Complex Untuk Kawal Stress






Vitamin Untuk Kulit Yang Sihat Dan Tahan Lasak




1. Vivix







2.Vitamin C






3.Vitamin E







4.Energising Soya Protein







5. Shaklee Collagen Powder








Wang boleh dicari tapi keremajaan yang hilang tiada penggantinya. Jangan terlalu berkira untuk melindungi apa yang sangat anda sayangi.


Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya, Kak Huda di nombor di bawah untuk dapatkan konsultansi yang eksklusif untuk masaalah anda.










Huda Ismail

www.wasap.my/60166646051

WA:016-6646051

IG: Misshuda_craft

FB: Isabella Bella


PENGEDAR SHAKLEE  TAMAN MELAWATI




Atau

Anda boleh terus membuat pembelian sendiri secara online vitamin-vitamin pilihan anda di link di bawah ini,






Cara Mudah Dan Selamat Untuk Hilangkan Kedut Di muka Secara Semulajadi

9:30 AM 5 Comments A+ a-

Kulit berkedut adalah satu proses penuaan yang tidak dapat dielakkan. Anda mungkin berfikir ia sesuatu perkara yang sangat buruk dan anda telah kehilangan daya tarikan anda buat selama-lamanya.Tetapi itu tidak semestinya benar, kerana sebenarnya anda masih boleh hilangkan kedut dimuka anda dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh dibuat sendiri.
Jom lihat pada beberapa cara menghilangkan kedut yang anda boleh cuba sekarang.



1. Botox Semulajadi dari Pisang,Yogurt Dan Madu


Anda perlukan 1/2 biji pisang, 3 sudu yogurt dan 1 sudu madu.

Hancurkan pisang dan campurkan dengan yogurt dan madu sehingga sebati.
Sapukan pada muka dan biarkan selama 15-20 minit. Basuh muka dengan air suam di ikuti dengan bilasan air sejuk.

Pisang memang kaya dengan nutrient yang sangat berguna untuk kulit.
Bahan-bahan yang terdapat dalam yogurt adalah berkesan untuk regangan kulit manakala madu akan menyediakan penghidratan yang diperlukan.
Pisang kaya dengan nutrien, yang amat berguna untuk kulit. Masker ini sesuai dengan semua jenis kulit dan boleh digunakan setiap hari, sehingga anda melihat kesan baiknya.

Keputusan tak dapat dilihat dalam satu atau dua hari, sebab ini adalah masker dari bahan semulajadi dan biasanya kesannya adalah lambat dari produk kosmetik yang dilimpahi dengan bahan-bahan kimia. Tapi jika anda menggunakan masker ini setiap hari sehingga 3 minggu ke atas,anda mesti terkejut dengan hasilnya.


2. Masker Dari Minyak Zaiton, Lilin Lebah dan Bunga Marigold Yang Segar.

Kedutan di keliling mata anda mendapat banyak perhatian dan rawatan. tetapi kawasan di keliling mulut anda adalah turut terdedah pada kedutan. Kedutan mula muncul seawal 30 tahun.Pada awalnya ia hanyalah garis-garis halus yang tak ketara tapi lama kelamaan ia semakin dalam dan besar sehingga tak dapat dilindung dari pandangan mata kasar lagi.

Orang yang merokok dan mereka yang sering terdedah pada cahaya matahari lagilah mudahnya mendapat kedut-kedut ini.
Berita baiknya anda boleh merawat kedut keliling mulut anda cara dibawah ini.

Bahan-bahan:
750ml minyak zaiton
200g lilin lebah
bunga marigold yang segar

Caranya:
Pastikan bunga marigold tak basah.
Masukkan semua bahan di atas di dalam periok.
Panaskan di atas api yang rendah selama 1-2 minit.
Biarkan campuran ini sejuk semalaman.
Pagi esuknya panaskan kembali bahan-bahan ini dan simpan dalam bekas yang sesuai.
Sapukan krim ini di kawasan berkedut setiap hari selama 2 minggu sekurang-kurangnya.


3. Ini pula cara yang paling mudah untuk kurangkan kedut di dahi.
Meletak kiub ais di dahu boleh membantu pengaliran darah yang membawa nutrient yang di perlukan dan membuat kulit jadi segar semula.


4. Mengambil supplemen yang sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk membina kolagen yang semakin berkurangan penghasilannya apabila kita semakin tua.
Supplemen yang sangat membantu menghindarkan kedutan dan juga membantu menghilangkan secara dalaman ialah, Vivix, Shaklee Collagen Powder, Vitamin C, Vita E Plus dan ESP.


Vivix


Shaklee Collagen Powder Vitamin C


Vita E


Sustained Release Vitamin C



Energising Soya Protein




Huda Ismail


WA:016-6646051

IG: Misshuda_craft

FB: Isabella Bella


PENGEDAR SHAKLEE  TAMAN MELAWATI





Petua Hilangkan Jeragat Degil

1:05 PM 1 Comments A+ a-

Jeragat adalah tompokan atau pigmentasi warna hitam atau coklat yang timbul di kulit muka dan ia adalah satu gejala yang sangat digeruni oleh semua wanita.

Bila ia dah mula bertapak di wajah, untuk menghilangkannya bukan suatu perkara yang mudah.
Jeragat degil ini kadang-kadang disebut juga sebagai tompok-tompok penuaan kerana ia lebih cenderung berlaku dikalangan wanita yang dah berumur.

Walaubagaimana pun tak mustahil ia boleh berlaku pada usia muda.
Jeragat sebenarnya tidak merbahaya tetapi kehadirannya boleh buat akak -akak jadi stress tak tidur malam mencari penyelesaian pada masaalah jeragat degil ini.





Bagaimana Jeragat Degil Ini Boleh Terjadi?

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan jeragat timbul di kulit muka.
Antaranya ialah;
>pendedahan secara berlebihan terhadap cahaya matahari,
>faktor genetik atau keturunan.
>kesan dari pengunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya.
>kesan dari penggunaan pil perancang keluarga.
>ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.


Cara Untuk Mengatasi Masalah Jeragat Secara Semula Jadi.

Sebelum mencuba cara-cara yang drastik untuk menghilangkan jeragat degil ini seperti rawatan laser atau 'chemical peeling' ada baiknya cuba cara-cara yang lebih selamat dan tak menyakitkan seperti yang disarankan di bawah ini.

1. Lemon




Jus lemon mengandungi asid citrit atau asid alpha hidroxyl yang bertindik sebagai peluntur yang lembut untuk memudarkan jeragat.
Untuk merawat jeragat degil, ambil sebiji lemon dan hiriskan beberapa keping.
tampalkan hirisan tersebut di atas kawasan berjeragat.
Biarkan kepingan itu di situ selama 15 minit, kemudian bilas muka dengan air suam.
Ulang setiap hari.


2.Cuka Epal


Cuka epal boleh membantu untuk mengurangkan tompok-tompok gelap pada kulit yang disebabkan oleh hyperpigmentasi. Ia mempunyai sifat mencerah kulit yang sangat baik serta sifat-sifat astringen yang boleh membantu memulihkan warna semula jadi kulit anda.
Campurkan cuka dan air dalam jumlah yang sama. Sapukan capuran ini pada bahagian yang ada tompok jeragat. Biarkan selama 2-3 minit. Kemudian bilas dengan air suam.
Ulang sebanyak 2 kali sehari dan lakukan ini berterusan selama 2 minggu.

3. Yogurt




Yoghurt mengandungi asid laktik yang boleh membantu untuk memudarkan jeragat. Ia sangat sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif.

Caranya ialah dengan meyapu sedikit yogurt pada kawasan yang berjeragat tersebut.
Biarkan beberapa minit sehingga ia kering.
Kemudian bilaslan dengan air. Sapukan dengan sedikit pelembab.
Ulang cara ini sekali sehari sehingga mendapat hasil yang memuaskan.


Cara Yang Lebih Mudah Dan Berkesan Untuk Menangani Masaalah Jeragat


Selain dari cara di atas jeragat boleh dihilangkan dengan mengamalkan vitamin dan supplemen semulajadi dan penggunaan Set skincare yang sesuai. Hasilnya lebih memuaskan dan tidak mudah berbalik semula dalam tempoh yang lama.





SET JERAGAT SHAKLEE






1)Vivix

2)Vitamin C


3) GLA Complex



SET SKINCARE JERAGAT SHAKLEE

1)Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

Lindungi kulit anda dari sinaran UV dengan menyapu krim pelembab Nutriwhite sebelum keluar dari rumah di sebelah siang.


2)Nutriwhite Spot Whitening Treatment
Sapu gel Nutriwhite Spot Whitening Treatment di kawasan berjeragat setiap malam untuk memudarkannya
   




Huda Ismail


WA:016-6646051

IG: Misshuda_craft

FB: Isabella Bella


PENGEDAR SHAKLEE  TAMAN MELAWATI





Cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Dan Berkesan

9:26 PM 11 Comments A+ a-


Menghilangkan parut jerawat yang cepat adalah kehendak semua pengidap jerawat. Keinginan untuk mendapatkan kembali wajah yang flawless, bebas segala cela ini boleh menyebabkan mereka sanggup berabis ribuan ringgit untuk membeli berbagai jenis krim termasuk juga yang ada kimia berbahaya dan juga ubat-ubatan yang boleh ditelan.

Walaupun rawatan ini mungkin menawarkan keputusan serta-merta, ia juga mengundang kesan sampingan yang memudaratkan kulit dalam jangka panjang. Bagi mereka yang inginkan alternatif yang selamat untuk menghilangkan parut jerawat, jom cuba beberapa cara berikut.



Cara-cara Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Secara Semulajadi


1. Aloe Vera
Gel aloe vera adalah sumber mujarab vitamin yang boleh membantu untuk menyembuhkan kulit dan memudarkan parut. Aloe vera adalah lembut, jadi anda tidak perlu bimbang tentang kerosakkan kulit.
Juga, kerana aloe vera boleh bertindak seperti pelembap semula jadi  dan ia akan meninggalkan kulit anda kelihatan dan berasa lebih lembut dan sihat.

Gel aloe vera boleh didapati di mana-mana kedai ubat atau farmasi.
Anda boleh juga menggunakan gel aloe vera yang segar dari pelepah tumbuhan aloe vera itu sendiri.
Adalah lebih baik sekiranya memilih untuk menggunakan aloe segar.
Anda cuma perlu picitkan gel dari pelepah aloe vera dan sapu pada muka.
Tunggu selama 30 minit sebelum dicuci.

2. Baking Soda
Tahukan anda baking soda yang kita guna untuk buat kek tu boleh buat macam-macam? Kita boleh buat scrub yang sangat berkesan untuk membuang segala macam kotoran di muka.
Caranya mudah sahaja, hanya campurkan beberapa sudu teh  baking soda dengan air yang mencukupi untuk membentuk pes yang pekat kemudian urut pada kulit yang berparut jerawat. Setelah itu, anda perlu biarkan pes itu di muka selama satu atau dua minit. Ini akan membolehkan soda untuk membersihkan pori-pori dan membantu mencegah pembentukan jerawat baru. Selepas beberapa minit, basuh muka anda dengan air suam.
Lepas ni boleh bubuh apa-apa pelembap seperti jojoba, minya kelapa, atau minyak zaitun.

Lakukan ini sekali setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

3. Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa adalah antara pilihan sebagai pelembap semula jadi dengan sifat penyembuhannya kepada parut jerawat.
Tuang kira-kira 1/4 sudu teh minyak kelapa dara organik ke dalam tapak tangan anda dan biarkan ia cair dengan suhu badan. Dengan hujung jari anda, colek minyak dan urut terus ke kawasan berparut tersebut dan biarkan ia menyerap masuk. Tidak perlu untuk mencuci kesan minyak kelapa tersebut.
Seperti vitamin dan asid lemak yang lain juga, ia berfungsi untuk meningkatkan kesihatan kulit semasa anda memakainya. Walau bagaimanapun, jika minyak ini agak terlalu berat untuk keselesaan anda, biarkan selama sekurang-kurangnya tiga puluh minit sebelum membersihkan dengan pembersih semulajadi.


4. Timun
Timun adalah bahan yang sangat popular digunakan dalam krim rawatan muka. Timun bukan sahaja bertindak menghidratkan kulit, ia juga mengandungi vitamin A, vitamin C, dan magnesium - semua yang sesuai untuk keperluan rawatan kulit muka anda. Untuk rawatan penyembuhan parut jerawat menggunakan timun ini mudah sahaja.
Ambil sebiji timun, potong menjadi beberapa kepingan nipis, dan letakkan hirisan tersebut di atas permukaan kulit berparut anda. Selepas kira-kira 30 minit, membuang hirisan timun itu dan bilas muka anda dengan air sejuk. Ulang setiap hari seperti yang dikehendaki.

5. Madu
Satu lagi pelembap semula jadi yang boleh membantu menyembuhkan parut jerawat adalah madu. Adalah lebih baik untuk menggunakan madu mentah, asli dan bukan jenis yang diproses yang boleh didapati di rak kebanyakan kedai rangkaian runcit.  Caranya mudah sahaja, hanya urut sedikit madu l di parut jerawat anda dan biarkan beberapa minit. Anda juga boleh mencampurkan kira-kira satu sudu teh serbuk kayu manis setiap dua sudu makan madu untuk menambah kuasa pembersihan liang pori. Gunakan rawatan ini sekerap dan selama mana yang anda suka.

6. Lemon
Jus lemon mengandungi asid alpha-hydroxy  semulajadi (AHA) yang boleh digunakan untuk memudarkan parut, menggalakkan penyembuhan, dan mencergaskan semula kulit. Hanya perahkan jus dari sebiji lemon ke dalam mangkuk kecil. Anda boleh cairkan jus ini dengan mencampurkan dengan sedikit air jika anda mempunyai kulit yang sensitif. Sapu pada parut jerawat dengan bola kapas dan biarkan ia kering sepenuhnya. Kemudian bilas muka anda dengan air sejuk dan sapukan pula dengan pelembap. Ulangi rawatan ini sekali setiap dua atau tiga hari.

Peringatan: Jus lemon akan menjadikan kulit lebih sensitif kepada sinaran UV, jadi ia adalah yang terbaik untuk mengelakkan cahaya matahari langsung untuk seketika selepas menggunakan rawatan ini.

7. Ubi kentang
Ubi kentang mengandungi Vitamin dan mineral yang kaya. Ia adalah satu lagi sumber sayur-sayuran yang boleh digunakan untuk kesihatan kulit dan penyembuhan parut jerawat. Menggunakan jus kentang organik segar boleh memudarkan parut jerawat. Caranya ialah dengan memotong beberapa kepingan nipis ubi kentang dan letak secara langsung kepada berparut tersebut.

8. Vitamin E 
Cara yang paling mudah untuk menggunakan vitamin E untuk penyembuhan parut adalah dengan hanya mencucuk kapsul gel Vitamin E dan memerah kandungan di dalamnya pada hujung jari anda. Sapukan minyak pada kulit berparut atau mencampurkannya ke dalam pelembap harian anda untuk membantu menyembuhkan jerawat dan jerawat parut lebih cepat.



Cara Paling Mudah Dan Berkesan Untuk Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat Dan Selamat


Saya nak kongsikan cara yang lebih mudah untuk menghilangkan parut jerawat dengan berkesan, dan selamat. 

Caranya ialah dengan mengambil vitamin dan supplemen yang khusus untuk membantu memudarkan parut jerawat.

Antara vitamin dan supplemen yang sangat diperlukan untuk tujuan itu adalah Vivix Sustained Released Vitamin C, Vitamin E,  GLA, Shaklee Collagen Powder dan Energising Soya Protein (ESP) dari Shaklee.



Di sini saya nak kongsikan pengalaman Puan Nor Farizan Mazlan dari Kuala Terengganu yang pernah mengalami masaalah jerawat dan parut jerawat yang teruk. 

Jom tonton video ini dulu.





1) Vivix




 2) Sustained Released Vitamin C



3) Vita E Plus




4) GLA Complex




5) Shaklee Collagen Powder





6) Energising Soya Protein (ESP)



  
Untuk mendapatkan produk di atas jangan ragu-ragu untuk menghubungi saya, Kak Huda  ATAU membeli terus secara online dengan meng-klik butang di bawah.


HUDA ISMAIL

www.wasap.my/60166646051


IG: Misshuda_craft


FB: Isabella Bella



PENGEDAR SHAKLEE SAH TAMAN MELAWATI