Hobi Saya Adalah Menjahit Dan Berkraf.

5:29 PM 0 Comments A+ a-

Hobi Saya Adalah Menjahit Dan Berkraf.
Ramai yang dah tahu kan?
Kak Long suka menjahit.
Terutama buat bantal yang comel-comel tu.


Kak Long ada Instagram yang namanya misshuda_craft.
Kat situ lah Kak Long share hasil jahitan kraf Kak Long.
Tapi sekarang kalau korang tengok, dah kena take over dek bisnes Chekli pulak dah..hahaha
Nak tengok gambar bantal kena scroll kat bawah-bawah.
Tu pun kat celah-celah testimoni Vivix bagai...sabar je la...
Sebelum mencebur diri sebagai SID Kak Long lebih banyak tumpukan masa pada hobby yang satu ni. Bukan setakat hobi saja tapi ianya punca pendapatan yang lumayan juga
Seronok tau berkraf ni. Kak Long pantang ada masa terluang mesti nak buat sesuatu. Memang ralit lah, bak kata orang Pahang tu.



Hobi ni buat kak long rasa tenang dan relax.
Ianya sebagai satu terapi pulak.
Paling best bila customer gembira sangat dapat bantal tu. Euphoria!!
Rata-rata bantal tu derang order utk orang tersayang sebagai hadiah besday, hari convo, atau apa-apa hari istimewa.

Satu lagi Kak Long suka join group2 menjahit ni untuk tambah ilmu dan juga untuk kongsi idea dengan kawan-kawan yang sama hobby.
Bab masak pulak ikut mood, kadang-kadang jer dapur Kak Long berasap..
Macam minggu ni mood Korea, semalam sehari suntuk buat homemade kimchii..
Buat sendiri lagi sedap tau dan confirm halal..
Lepas ni abis la...kimchii fried rice, kimchii jigae, kimchii chicken...yumm..
Eh panjang pulak bila bercerita pasal pasal hobby ni.
Sekian la dulu ye.
Selamat berhujung minggu semua...muah muah..😘😘