Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts

Petua Hilangkan Jeragat Degil

Jeragat adalah tompokan atau pigmentasi warna hitam atau coklat yang timbul di kulit muka dan ia adalah satu gejala yang sangat digeruni oleh semua wanita.

Bila ia dah mula bertapak di wajah, untuk menghilangkannya bukan suatu perkara yang mudah.
Jeragat degil ini kadang-kadang disebut juga sebagai tompok-tompok penuaan kerana ia lebih cenderung berlaku dikalangan wanita yang dah berumur.

Walaubagaimana pun tak mustahil ia boleh berlaku pada usia muda.
Jeragat sebenarnya tidak merbahaya tetapi kehadirannya boleh buat akak -akak jadi stress tak tidur malam mencari penyelesaian pada masaalah jeragat degil ini.





Bagaimana Jeragat Degil Ini Boleh Terjadi?

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan jeragat timbul di kulit muka.
Antaranya ialah;
>pendedahan secara berlebihan terhadap cahaya matahari,
>faktor genetik atau keturunan.
>kesan dari pengunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya.
>kesan dari penggunaan pil perancang keluarga.
>ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.


Cara Untuk Mengatasi Masalah Jeragat Secara Semula Jadi.

Sebelum mencuba cara-cara yang drastik untuk menghilangkan jeragat degil ini seperti rawatan laser atau 'chemical peeling' ada baiknya cuba cara-cara yang lebih selamat dan tak menyakitkan seperti yang disarankan di bawah ini.

1. Lemon




Jus lemon mengandungi asid citrit atau asid alpha hidroxyl yang bertindik sebagai peluntur yang lembut untuk memudarkan jeragat.
Untuk merawat jeragat degil, ambil sebiji lemon dan hiriskan beberapa keping.
tampalkan hirisan tersebut di atas kawasan berjeragat.
Biarkan kepingan itu di situ selama 15 minit, kemudian bilas muka dengan air suam.
Ulang setiap hari.


2.Cuka Epal


Cuka epal boleh membantu untuk mengurangkan tompok-tompok gelap pada kulit yang disebabkan oleh hyperpigmentasi. Ia mempunyai sifat mencerah kulit yang sangat baik serta sifat-sifat astringen yang boleh membantu memulihkan warna semula jadi kulit anda.
Campurkan cuka dan air dalam jumlah yang sama. Sapukan capuran ini pada bahagian yang ada tompok jeragat. Biarkan selama 2-3 minit. Kemudian bilas dengan air suam.
Ulang sebanyak 2 kali sehari dan lakukan ini berterusan selama 2 minggu.

3. Yogurt




Yoghurt mengandungi asid laktik yang boleh membantu untuk memudarkan jeragat. Ia sangat sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif.

Caranya ialah dengan meyapu sedikit yogurt pada kawasan yang berjeragat tersebut.
Biarkan beberapa minit sehingga ia kering.
Kemudian bilaslan dengan air. Sapukan dengan sedikit pelembab.
Ulang cara ini sekali sehari sehingga mendapat hasil yang memuaskan.


Cara Yang Lebih Mudah Dan Berkesan Untuk Menangani Masaalah Jeragat


Selain dari cara di atas jeragat boleh dihilangkan dengan mengamalkan vitamin dan supplemen semulajadi dan penggunaan Set skincare yang sesuai. Hasilnya lebih memuaskan dan tidak mudah berbalik semula dalam tempoh yang lama.





SET JERAGAT SHAKLEE






1)Vivix

2)Vitamin C


3) GLA Complex



SET SKINCARE JERAGAT SHAKLEE

1)Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15

Lindungi kulit anda dari sinaran UV dengan menyapu krim pelembab Nutriwhite sebelum keluar dari rumah di sebelah siang.


2)Nutriwhite Spot Whitening Treatment
Sapu gel Nutriwhite Spot Whitening Treatment di kawasan berjeragat setiap malam untuk memudarkannya
   




Huda Ismail


WA:016-6646051

IG: Misshuda_craft

FB: Isabella Bella


PENGEDAR SHAKLEE  TAMAN MELAWATI






Detox The Shaklee Way

Detox The Shaklee Way
Kak Long dah pernah buat  Detox Shaklee ni sebanyak 2 kali.
Masa tu kita buat secara berjemaah ramai-ramai, siap buat group wassap khas untuk detox.
Detox yang Kak Long buat tu ialah 7 Day Detox by Shaklee.
Korang tau ke ape tujuan detoks?
Tujuan utama ialah untuk buang toksin dalam badan kita terutamanya dalam darah, dalam usus dan dalam hati (liver) kita.

Paling best, untuk detox ini telah disediakan satu meal plan khas yang diformulasi oleh nutritionist shaklee untuk 7 hari tersebut. Ada menu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam dan ada sneks juga.
Bagi kak long, sedap je menu hari pertama walaupun kena makan sayuran hijau semata.


Menu hari ke 2 terdiri dari sup sayur


Hari ke 3 pulak sayur berwarna warni.
Hari ke 5 baru bertemu protein.
Hari ke 6 dan ke 7 baru menu kita semakin lengkap dan ada semua.
Ada tujuannya semua step2 ini ye. Kena ikut menu dia betul-betul.
Untuk program ini berkesan, detox ini dibantu dengan pengambilan supplemen khas utk detox usus, detox darah dan untuk memperkasakan fungsi organ hati.



Hasilnya, badan kita yang rasa lemah dan asik mengantuk akan jadi segar, ringan dan bertenaga.
Kulit kita pun jadi semakin cantik.
Paling suka Kak Long dapat hilangkan ketagihan pada gula.
Kak Long turun 2 kg dan perut jadi kempis dalam masa seminggu tu.
Kalau yang terlebih berat lagi la banyak kg yang boleh dibuang.
Siapa yang dah buat detoks Shaklee mesti masih ingat macamana sedapnya menu hari ke 6 kan? Kecor air liur..😋
Rindu pulak nak buat detoks lagi..
Jom kawan-kawan, kita buat detox ramai-ramai!
Siapa nak cuba Kak Long boleh guide.
Kak Huda
016.664.6051
Pakar Shaklee Anda

Kenapa Vivix Sangat Istimewa Bagi Saya.



Semenjak Vivix dicipta, dia telah memberi pengharapan bagi pesakit-pesakit kronik yang sebelum ini hanya bergantung pada ubat-ubatan dari doktor untuk meneruskan hidup.
Contohnya pesakit diabetes ni, bayangkan dia dah jenuh disuntik insulin saban hari, hanya menunggu masa utk kena buat dialysis je lagi.
Bila anaknya perkenalkan Vivix, bukan saja dia tak perlu menjalani dialysis, malah akhirnya, dia tidak perlu bergantung sepenuh pada suntikan insulin seperti sebelumnya.
Bagi saya sendiri, saya dah putus asa untuk mengubati sakit lutut yang saya alami dalam 5-6 tahun, sebab semua ubat saya ambil tak membantu memulihkannya pun.
Sakit lutut saya ni sembuh secara tak sengaja. Masa tu saya tak tahu pun Vivix boleh membantu memulihkan sakit sendi dan lutut.
Saya ambil Vivix sebab nak awet muda. Dalam sebulan saja makan Vivix, saya perasan sakit lutut saya dah kurang benar. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya.
Sampai sekarang saya pastikan saya ada sekurang-kurangnya 4 botol vivix menunggu dalam fridge saya.
Satu sebab saya buat bisnes ni pun untuk pastikan dapat membeli vivix dengan murah atau kadang-kadang percuma terus.

Huda Ismail
016.664.6051
Pakar Shaklee Anda
PenggunaTegar Vivix
FB; Isabella Bella
IG: misshuda_craft



6 Cara Terbaik Untuk Menghilangkan Jerawat Dengan Pantas

Jerawat adalah keadaan kulit biasa yang menjejaskan ramai orang. Jerawat merupakan keradangan kulit di mana kelenjar minyak dijangkiti bakteria seterusnya membengkak, dan berisi nanah.






Rembesan sebum yang berlebihan oleh kelenjar minyak adalah punca utama di sebalik masalah ini. Jerawat biasanya berlaku di muka, leher, belakang dan bahu. Walaupun bukan keadaan yang kritikal, jerawat boleh membuat seseorang merasa sengsara kerana penampilan wajah mereka.

Terdapat banyak losyen dan ubat-ubatan di pasaran untuk merawat jerawat tetapi kebanyakannya mengambil masa yang lama untuk berkesan. Banyak kaedah semula jadi adalah berkesan dalam merawat jerawat dalam tempoh masa yang singkat.


6 Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Pantas


Berikuta adalah 6 cara terbaik untuk menghilangkan jerawat cepat dengan 


1. Air Batu


Air batu boleh digunakan untuk mengurangkan kemerahan, bengkak dan radang jerawat dengan cepat. Ia membantu dalam memperbaiki peredaran darah di kawasan yang terjejas, dan mengetatkan liang-liang kulit dan membuang kotoran dan minyak yang terkumpul pada kulit. Anda boleh menggunakan kiub air batu atau yang telah dihancurkan, yang mana lebih mudah.

Caranya ialah dengan membalut ais dengan sehelai kain dan tuam pada bahagian kulit yang terjejas selama beberapa saat. Tunggu beberapa minit dan mengulangi proses tersebut.


2. Lemon


Satu lagi untuk menghilangkan jerawat dengan ialah dengan jus lemon, yang kaya dengan vitamin C. Jus lemon boleh membantu jerawat kering lebih cepat. Pastikan anda menggunakan jus lemon segar dan jus tidak dalam botol yang mempunyai bahan pengawet. 

Caranya ialah dengan mencelupkan  kapas bersih dalam jus lemon segar dan menyapu kepada jerawat sebelum tidur.



3. Tea Tree Oil


Minyak Tea Tree adalah sangat baik untuk merawat jerawat. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria yang membantu melawan bakteria yang menyebabkan masalah-masalah kulit. Tambahan pula, sifatnya yang menenangkan itu membantu mengurangkan kemerahan dan radang jerawat. 

Caranya dengan mencelup kapas dalam pati minyak Tea Tree dan sapukan pada kawasan yang terjejas. Bilas muka anda selepas 15 hingga 20 minit.

Satu lagi pilihan adalah untuk campuran beberapa titik minyak tea tree dalam 1 sudu besar gel lidah buaya. Sapukan pada jerawat dan biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas.

Nota: Elakkan minyak tea tree jika anda mempunyai kulit sensitif.


4. Ubat Gigi


Ubat gigi yang anda gunakan setiap pagi untuk membersihkan gigi anda juga boleh digunakan untuk merawat jerawat dengan cepat. Ia adalah yang paling berkesan apabila digunakan selepas dituam dengan ais. Gunalah ubat gigi putih dan elakkan daripada menggunakan ubat gigi jenis gel.


Sapukan sedikit ubat gigi putih di kawasan kulit yang terjejas sebelum tidur. Kesokan paginya, cuci muka anda dengan air dan anda akan nampak perubahan yang ketara pada jerawat. Anda juga boleh mengulangi proses ini di siang hari. Pastikan ubat gigi dibiarkan pada jerawat untuk sekurang-kurangnya setengah jam.


5. Steaming


Steaming sangat bagus untuk kulit anda pada bila-bila masa, terutamanya apabila anda mempunyai jerawat. Stim akan membuka liang-liang anda dan membolehkan kulit anda  bernafas. Ini membantu menghilangkan minyak, kotoran dan bakteria yang terperangkap dalam liang yang boleh menyebabkan jangkitan atau keradangan.

Isikan bekas yang besar dengan air panas dan biarkan wap untuk bersentuhan dengan kulit muka anda untuk beberapa minit.
Bilas muka dengan air suam. Setelah kering, sapukan pelembap bebas minyak.


6. Bawang Putih


Bawang putih adalah anti-virus, anti-kulat, antiseptik dan antioksidan. Ianya boleh membantu dalam merawat jerawat dengan cepat. Sulfur dalam bawang putih juga menggalakkan penyembuhan jerawat dengan cepat.

Potong seulas bawang putih mentah kepada dua bahagian. Gosok bawang putih pada jerawat dan biarkan selama lima minit sebelum membasuh kulit dengan air suam. Ulang rawatan ini beberapa kali sehari. Makan seulas bawang putih mentah setiap hari juga boleh membantu membersihkan darah anda. 


Cara Paling Mudah Dan Berkesan Untuk Hilangkan Jerawat 

Saya nak kongsikan cara yang lebih mudah untuk menghilangkan jerawat dengan berkesan dan kekal tanpa jerawat untuk jangka masa panjang.

Caranya ialah dengan mengambil vitamin dan supplemen yang khusus untuk kesihatan kulit secara optimum.

Antara vitamin dan supplemen yang sangat diperlukan untuk tujuan itu adalah B Complex, Sustained Released Vitamin C,Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix dan Energising Soya Protein (ESP) dari Shaklee.



HUDA ISMAIL 016.664.6051 (Call, Whatsapp, SMS)

IG: Misshuda_craft

FB: Isabella Bella

PENGEDAR SHAKLEE  TAMAN MELAWATI